Single Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin yang dilancarkan pada Januari lepas mendapat sambutan yang agak hangat kerana fenomena #Lofattah dan lagu tersebut juga ditujukan buat Neelofa. Iyalah, pada waktu itu gosip percintaan mereka berdua memang tengah panas.
Selepas kejayaan lagu Wanita Terakhir yang menjadi kegilaan ramai, Fattah akan muncul pula dengan novel menggunakan tajuk lagu tersebut pada hari Sabtu ini. Menurut Fattah, ia adalah hadiah buat peminatnya yang tidak pernah berhenti menyokong karier beliau.
Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat, yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya, termasuk kumpulan Lofattah (gabungan Neelofa dan Fattah), saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka. Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat.
Terdahulu, Fattah juga pernah mengeluarkan buku bertemakan kata-kata semangat berjudul Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang menjadi viral. Ada sesetengah netizen turut mengejek kandungan buku berkenaan. Meskipun dikritik, ia tetap laris terjual.