Fattah Amin Bakal Bergandingan Dengan Fazura Dalam Prekuel Mat Kilau?

Hiburan

Fattah Amin Bakal Bergandingan Dengan Fazura Dalam Prekuel Mat Kilau?

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin tampil memberikan respon mengenai spekulasi bahawa dia bakal muncul dalam filem prekuel Mat Kilau bersama isteri kesayangan, Nur Fazura.

Ujar Fattah, dia kini menghormati kontrak dan tidak boleh memberi sebarang jawapan pasti mengenai prekuel filem tersebut.

Advertisement

Saya tak boleh nak cakap kerana ia belum diumumkan penerbit. Saya pasti rakan media ada dengar desas desus tentangnya.

Sebagai artis kami terikat kontrak dan tak boleh melangkau penerbit dengan memberi kenyataan. Jadi saya tak dapat nak kongsikan apa-apa selagi penerbit tak beri kenyataan.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila penerbit filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan telah mengesahkan pengarah Syamsul Yusof dan dua pelakon, Adi Putra dan Beto Kusyairi tidak akan terlibat dalam prekuel berkenaan.

September lalu, pengarah Areel Abu Bakar pula memaklumkan dia telah digugurkan sebagai pengarah baru filem berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azwan Aliff Syukri
6 months ago

(VIDEO) "Gimik Murahan Ke Ni?" - Tular Rakaman Saat Aliff Syukri Tarik Rambut Diva AA, Netizen Saran Saman?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...