Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman mencuri perhatian ramai sebelum ini kerana dipuji rendah diri ketika bercuti dan berbulan madu baru-baru ini.
Kali ini, Fattah dan Amira meraih perhatian di media sosial selepas tular hantaran yang memuji mereka mengutamakan solat ketika berbulan madu di Switzerland.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, seorang individu dipercayai ejen pelancongan telah memuat naik foto memaparkan Amira sedang mendirikan solat di sebuah premis makanan.
Sementara itu, Fattah juga yang kelihatan di dalam foto berkenaan dilihat sedang memakai kasut dipercayai selepas selesai menunaikan solat.
Pengajaran untuk kita yang melancong, walau di mana pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat. Cinta sampai ke syurga, insyaAllah.
@radenswissk @Fattah Amin @Amira Othman Fattah Amin ♥️ Amira Othman Cinta sampi ke Syurga In shaa Allah Amenn 🤲🤲 Pengajaran utk kita yg Travel walau kt mna pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat…Thnks FA dan AO #f#fattah♥️amira#s#selamatpengantinbaru♥️🇨🇭#s#swissmanAndTravelaswissTeam#swissman🇨🇭 ♬ For the Rest of My Life – Maher Zain
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai yang kagum dengan pasangan selebriti berkenaan yang dilihat sekufu daripada segi keagamaan.
Rata-ratanya turut mendakwa kadang kala mereka ternampak pasangan itu tidak berpegangan tangan dan beranggapan Fattah dan Amira berkemungkinan sedang menjaga wuduk mereka.
Sementara itu, ramai yang turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina Fattah dan Amira ini kekal hingga ke akhir hayat mereka.