Fattah Amin Akui Sudah Putus Cinta Dengan Sherry Ibrahim

Hiburan

Fattah Amin Akui Sudah Putus Cinta Dengan Sherry Ibrahim

Semakin renggang sejak beberapa bulan lepas, akhirnya pasangan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim membuat keputusan untuk memutuskan percintaan mereka yang sudah terjalin selama dua tahun.

Advertisement

Fattah sendiri mengesahkan berita tersebut di BH ONLINE tetapi beliau enggan mendedahkan punca utama perpisahan mereka.

Buat Fattah beliau sudah cuba untuk menyelamatkan hubungan mereka tetapi jodoh mereka sudah tiada. Fattah redha dengan ketentuan takdir.

Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama.

Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya. Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini. Namun kami tiada jodoh dan perlu redha berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi.

Meskipun mereka tidak mempunyai sebarang hubungan lagi, Fattah tetap mendoakan yang terbaik buat Sherry dan tetap menyokong kerjaya bekas kekasihnya itu.

Bagi saya Sherry seorang wanita yang baik. Saya tidak pernah putus berdoa supaya dia terus sukses dalam perjuangan seni dan kehidupannya.

Mereka adalah pasangan yang menjadi kesukaan ramai dan banyak pihak yang teringin sekali melihat Fattah dan Sherry dapat disatukan di jinjang pelamin. Namun, kalau sudah tiada jodoh hendak buat macam mana lagi? Harapnya mereka masih dapat mengekalkan hubungan yang baik sebagai rakan didalam satu industri yang sama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...