Fattah Amin Akui Rimas Dikaitkan Dengan Gosip Cinta

Hiburan

Fattah Amin Akui Rimas Dikaitkan Dengan Gosip Cinta

Sejak beberapa bulan, nama Fattah Amin melonjak naik. Kata orang, Fattah dikatakan berada di puncak popularitinya.  Namun, menjadi popular ada perkara yang Fattah harus lalui seperti sering terpalit dengan gosip dan kontroversi terutama sekali berkaitan dengan wanita dan cinta.

Advertisement

Berbicara mengenai soal itu, Fattah akui beliau sudah rimas dikaitkan dengan isu wanita dan cinta. Fattah berpesan, peminatnya jangan mudah percaya dengan khabar angin yang tidak berasas.

Saya sudah rimas dikaitkan dengan isu wanita dan cinta. Saya berharap peminat tidak mudah percaya dengan gosip seperti ini. Mungkin isu ini timbul kerana saya belum ada teman istimewa.

Fattah enggan terasa hati dengan segala komen yang dilemparkan kepada dirinya oleh netizen dan hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.

Segala pujian dan komen negatif, saya ambil pendekatan positif. Banyak perkara yang perlu saya fikir untuk melangkah lebih jauh, jadi hal kontroversi itu saya letakkan di tepi. Apa yang penting ketika ini, saya berusaha meningkatkan mutu lakonan.

Fattah sebelum ini hangat diperkatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa ketika mereka bergandingan didalam drama Suri Hati Mr Pilot sehingga tercetusnya fenomena Lofattah. Walaubagaimanapun, Neelofa memberitahu mereka hanya pernah bercinta selama seminggu dan kini hubungan mereka sudah berakhir.

Baru-baru ini pula, Fattah didakwa sedang berkawan rapat dengan seorang wanita berstatus VIP. Ramai yang mempercayai wanita tersebut adalah Azrinaz Mazhar Hakim selepas wanita itu memuat naik fotonya bersama Fattah ketika mengunjungi Stalkers Cafe milik Fattah. Namun, Fattah dan Azrinaz kemudiannya menafikan mereka sedang hangat bercinta seperti yang digembar-gemburkan.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...