Fattah Amin Akui Bersembang Dengan Anak Dalam Perut Setiap Hari

Hiburan

Fattah Amin Akui Bersembang Dengan Anak Dalam Perut Setiap Hari

Tidak mampu menyembunyikan keterujaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung dalam hidupnya, pelakon tampan Fattah Amin mendedahkan dirinya dan isteri, Fazura akan berkomunikasi dengan anak mereka dalam perut setiap hari.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

Advertisement

Menurut Fattah, beliau kini bagai tidak dapat membayangkan apabila anak mereka lahir ke dunia nanti malah turut menyatakan ia pasti seakan menjadi penyeri hidup dirinya dan isteri.

“Setiap hari jika ada di rumah atau balik kerja, saya dan isteri akan membiasakan berkomunikasi dengan anak dalam perut. Betapa tak sabar kami untuk mengalukan kedatangan zuriat ini.”

Dalam pada itu, Fattah dan isteri kini difahamkan telah mengetahui jantina anak mereka namun mengambil pendekatan untuk merahsiakan terlebih dahulu dan akan mengumumkan kelak apabila tiba waktu yang sesuai.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

“Biarlah menjadi rahsia dahulu. Kami tak mahu berkongsi lagi jantina anak. Apabila tiba waktu yang sesuai, pasti saya dan isteri umumkan.”

Tambah Fattah, beliau bersyukur kerana dapat menjaga dan meluangkan banyak masa bersama isteri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun sehingga kini masih belum sempat untuk membeli barangan keperluan bayi.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan panggilan Fattzura ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan menerusi drama bersiri, Hero Seorang Cinderella. Kandungan Fazura yang memasuki usia enam bulan kini dikatakan bakal melahirkan anak sulung mereka pada Oktober depan.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...