Fattah Amin Akui Belum Rasa Saat ‘Manis’ Berbuka Puasa Dengan Isteri

Hiburan

Fattah Amin Akui Belum Rasa Saat ‘Manis’ Berbuka Puasa Dengan Isteri

Pertama kali ingin menyambut kedatangan Ramadhan  setelah berkahwin dan bergelar suami, pelakon popular Fattah Amin bagaimanapun mendedahkan beliau belum dapat merasai saat indah dan manisnya berbuka puasa berdua bersama isteri tercinta, Fazura kerana terikat dengan jadual kerja masing-masing yang sangat sibuk.

Advertisement

Apabila bergelar suami memang rasa bersyukur kerana waktu sahur ada teman, isteri masakkan. Tetapi jujur saya beritahu, sepanjang Ramadan baru sekali kami dapat berbuka puasa bersama dan itu pun bersama keluarga. Sepanjang Ramadan memang kami terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen dan apabila ada peluang bertemu memang akan gunakan masa sebaik mungkin.

Berbicara mengenai sambutan Syawal tidak lama lagi, Fattah memilih untuk melakukan persiapan secara sederhana dan akan pulang ke kampung halaman Fazura terlebih dahulu. Tidak ada isu raya rumah siapa dahulu kerana Fattah tidak kisah mengenai perkara itu asalkan tetap dapat beraya dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

Alahai kesian Fattah tidak dapat merasa saat indah berbuka puasa berdua dengan isteri buat pertama kali. Tak mengapalah, masing-masing sibuk untuk mencari rezeki juga bukan? Lagipun, bertambahlah rasa rindu, cinta dan kasih sayang kerana jarang berjumpa, tak gitu? Relaks, hari raya nanti boleh lah “berkepit” balik dan luang masa bersama. Heh..

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...