Fathiya Latiff Bengang Digosipkan Muka Melecur Kerana Botox

Hiburan

Fathiya Latiff Bengang Digosipkan Muka Melecur Kerana Botox

Fathiya Latiff pelakon yang cukup terkenal dengan kejelitaan beliau dan menjadi pujaan ramai jejaka di luar sana.

Lumrah kehidupan sebagai seorang selebriti tentu sekali  Fathiya Latiff tidak terlepas daripada gosip dan kontroversi. Walaubagaimanapun, gosip kali ini agak keterlaluan dan mengundang salah faham kepada pembaca juga peminat beliau.

Advertisement

Fathiya menerusi laman Instagram beliau telah memuat naik foto artikel tersebut dan meluahkan rasa bengang apabila wajah beliau didakwa melecur selepas menggunakan botox.

Agak-agak la kalau nak buat gossip pon

Jelas teman wanita kepada aktor Aiman Hakim Redza, ia hanya sebuah foto yang diambil selepas wajahnya disolek untuk sebuah drama yang bakal ditayangkan di TV3 nanti.

Sabarlah Fatiya, apa yang penting kini semuanya sudah jelas. Kadang-kala mereka sengaja membuat tajuk gempak sebegini untuk menarik minat pembaca tanpa memikirkan pihak lain. Jadi jejaka diluar sana tidak perlu risau kerana buah hati pujaan anda ini masih lagi cun. Gitew..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...