Fatin Morat Tampil Perjelas Isu Nafkah – “Chazy Telah Menjalankan Tanggungjawabnya Sebagai Seorang Bapa Kepada Anak-Anak Kami”

Kehidupan

Fatin Morat Tampil Perjelas Isu Nafkah – “Chazy Telah Menjalankan Tanggungjawabnya Sebagai Seorang Bapa Kepada Anak-Anak Kami”

Personaliti media sosial, Fatin Morat tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan yang timbul bahawa bekas suaminya, Chazynash, gagal menunaikan nafkah serta mengabaikan tanggungjawab selepas perceraian mereka.

Menerusi satu hantaran di Threads dan IG, Fatin menjelaskan secara terperinci berhubung wang mutaah yang diterimanya selepas sah bercerai.

Advertisement

Berkenaan mutaah sebanyak RM100,000, jumlah tersebut adalah hasil persetujuan bersama antara kami, dan ia juga merupakan sebahagian daripada simpanan kami bersama semasa perkahwinan.

Fatin tak pernah tuntut harta sepencarian. Perkara selebihnya biarlah menjadi urusan Fatin dan Chazy sahaja.

Dalam masa sama, Fatin turut menegaskan bahawa nafkah yang diterima daripada Chazynash tidak pernah digunakan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya sepenuhnya bagi keperluan anak-anak mereka.

Tentang nafkah anak-anak pula, Fatin jelaskan agar tiada salah faham. Memang benar Fatin menerima nafkah, namun jumlah tersebut bukanlah RM8,200 secara tunai dan logik untuk Chazy bayar sebab tu adalah komitmen anak-anak kami sebelum cerai, bukan RM8,200 Fatin dapat bersih pergi enjoy holiday.

Jelas Fatin, jumlah tersebut merangkumi pelbagai komitmen termasuk rumah yang didiami bersama anak-anak, insurans anak-anak, bil api dan air, keperluan harian, yuran tuisyen serta kos transit memandangkan anak-anak mereka bersekolah Cina dan memerlukan bantuan guru untuk kerja sekolah.

Menurutnya, tidak ada walau satu sen pun daripada nafkah tersebut yang digunakan untuk dirinya sendiri.

Sebagai seorang Muslim, Chazy telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anak-anak kami dan memang tugas dia dan Fatin bersyukur akan hal itu. Alhamdulillah.

Dalam pada itu, Fatin turut merayu agar orang ramai menghentikan spekulasi dan andaian berhubung isu berkenaan, selain meminta kecaman terhadap adiknya dihentikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fatin morat chazy nash
2026-01-02 09:38:32

"Sedih Jika Sebab Kebiadaban & Campur Tangan Hampa, Fatin Tak Dapat Nafkah Lagi.." - Chazynash Bersuara Dakwaan Fitnah Abai Bekas Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...