Fatin Buka Mulut Dakwaan Jadi Tikus Makmal Oleh Ibu, Berterima Kasih Dengan Prince Syed – “Tak Tahu Apa Baik Diam”

Kehidupan

Fatin Buka Mulut Dakwaan Jadi Tikus Makmal Oleh Ibu, Berterima Kasih Dengan Prince Syed – “Tak Tahu Apa Baik Diam”

Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed, iaitu Fatin Syazwani Ishak, tampil menafikan dakwaan kononnya dia dipaksa menjalani pembedahan bariatrik demi tujuan pemasaran produk pelangsingan badan suaminya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fatin, 27, tampil menjelaskan perkara sebenar selepas pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap dirinya serta suami.

Advertisement

Menurut Fatin, dia memilih untuk bersuara kerana ramai yang ingin mendengar penjelasan daripadanya sendiri.

Saya tahu ramai yang nak tahu jawapan daripada mulut saya.
Saya ada dengar tuduhan katanya saya ni lembam, OKU, IQ rendah dan macam-macam lagi. Satu saja saya nak sampaikan sebab selama ini saya diam tidak beri apa-apa kenyataan.

Kalian asyik dengar yang satu pihak saja dan di sini saya sekeras-kerasnya menyatakan dakwaan yang tular itu sama sekali palsu dan tidak benar.

Fatin turut memaklumkan bahawa keadaan kesihatannya kini semakin baik selepas pembedahan tersebut, walaupun sebelum ini dia pernah dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Prince Syed Menangis Di Podcast, Akui Terlalu Sayangkan Isteri – “Saya Akan Terima Balasan Dunia Akhirat Kalau Saya..”

Alhamdulillah keadaan saya semakin baik dan pulih selepas buat pembedahan bariatrik. Terima kasih suami yang menjaga saya sampai sembuh. Sudah-sudahlah kecam suami saya.

Kalau tidak tahu apa-apa lebih baik diam.

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Syed menggunakan isterinya sebagai “tikus makmal” dan memaksanya menjalani pembedahan bariatrik tanpa kerelaan  namun Fatin kini menegaskan bahawa semua tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-25 14:25:12

Pandangan Lelaki Tentang Wanita Keluar Malam Undang Kecaman Netizen - "Tak Sesuai Buat Bini, Macam Liar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Podcast

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...