Fatima Pergi Disneyland Dengan Fattah, Momen Fazura Kemas Beg Anak Jadi Sorotan – “Muka Banyak Pendam Perasaan”

Hiburan

Fatima Pergi Disneyland Dengan Fattah, Momen Fazura Kemas Beg Anak Jadi Sorotan – “Muka Banyak Pendam Perasaan”

Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura sekali lagi menjadi sorotan apabila berkongsi momen mengemas beg pakaian anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, untuk percutian bersama bapa tersayang, aktor Fattah Amin ke Disneyland.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Fazura dilihat teliti memilih pakaian sesuai untuk anaknya sebelum melipat dan menyusunnya satu persatu ke dalam beg. Proses itu turut dibantu pembantunya bagi memastikan segala kelengkapan Fatima cukup sepanjang berada di luar negara.

Advertisement

Difahamkan, Fatima bakal menikmati percutian selama lapan hari di Disneyland Tokyo bersama Fattah.

Aksi spontan Fazura itu mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen kagum dengan sifat penyayangnya sebagai seorang ibu. Tidak kurang juga yang mengakui sebak melihat kasih sayang ditunjukkan aktres berusia 42 tahun itu, meskipun beliau sendiri tidak menyertai percutian tersebut.

Sebelum ini, tular video comel Fatima yang bersungguh-sungguh meminta bapanya membawa ke Disneyland Tokyo, sekali gus mencuri perhatian warganet.

Komen tiktok fazura

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-18 10:41:36

Perkembangan Terkini Kes Amang S*ksual Naim Daniel, Selesai Serah Dokumen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...