Menerusi Instagram, anak kepada Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mencuri perhatian apabila dia meminta bapanya untuk membawanya melancong ke Disneyland Tokyo.
Video itu yang dirakam sendiri oleh Fatima menunjukkan dia merayu kepada aktor tersebut dan berkata dia menyayangi bapanya.
Hi daddy, bila nak bawa Nyamma (Fatima) pergi Tokyo Disneyland? Nyamma nak pergi. Nyamma nak pergi dengan daddy, dengan nenda, dengan atuk, Naila dan Nukman. Daddy, Nyamma nak. Please, I love you daddy.
View this post on Instagram
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang suka melihat kecomelan Fatima dan Fattah juga turut berkongsi semula video tersebut di Instagram story.
Hi baby, Fatima ke yang post ni? Hehe kenapa daddy video call tidak angkat?