Fathia Lattif Dikecam Kerana Persenda Uniform Tentera Darat

Hiburan

Fathia Lattif Dikecam Kerana Persenda Uniform Tentera Darat

Semalam, pelakon Fathia Latiff menerima kecaman daripada netizen gara-gara beliau memuat naik foto memakai uniform tentera darat lengkap berlencana di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Rata-rata netizen menganggap Fathia seolah-olah mempersendekan pakaian rasmi Tentera Darat.

Beberapa komen juga menyatakan bahawa orang awam tidak sewenang-wenangnya boleh memakai uniform berkenaan.

Berikut antara komen netizen:-

Sedar foto beliau telah mencetuskan kontroversi dan tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak, Fathia telah memadam foto berkenaan dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Saya dengan ikhlas hati meminta maaf. Tiada niat untuk saya persendakan pakaian dan saya menghormati Pakaian Seragam TD . Cuma sebelum ini, saya tidak tahu dan tidak ‘sensitif’ mengenai etika pemakaian TD Malaysia dan telah pun delete gambar di instagram. Truly apologize.

Manusia ini tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Mungkin Fathia tidak tahu mengenai hal etika pemakaian uniforan Tentera Darat dan beliau pun sudah memohon maaf bukan?  Harapnya ia menjadi pengajaran buat orang lain juga yang ingin berfesyen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...