Fathia Latiff mempunyai wajah jelita dan cukup memikat hati jejaka-jejaka diluar sana. Kalau dapat jumpa depan mata, kami pasti memang ada yang “khayal†melihat kecantikan beliau lebih-lebih lagi selepas berhijab.
Sejak kembali solo selepas berpisah dengan Aiman Hakim Ridza, tidak dinafikan ramai yang mencuba nasib untuk memiliki hati Fathia.
Fathia juga mengakui beliau didekati ramai lelaki tetapi tiada satu yang bersesuaian dengan dirinya. Lebih memeranjatkan lagi, Fathia terkejut apabila ada remaja yang berusia belasan tahun cuba “mengorat†beliau.
Saya tidak nafikan ramai lelaki yang ingin berkenalan tetapi semuanya tidak sesuai untuk dijadikan kekasih atau calon suami.
Terus terang, rata-rata lelaki yang ingin berkenalan adalah remaja belasan tahun. Saya juga terkejut kerana ada remaja yang berani mendekati saya di tempat awam secara terang-terangan.
Wah, memang peminat fanatik Fathia tu sehingga memberanikan diri untuk memiliki cinta Fathia meskipun baru berusia belasan tahun.