Setelah menerima kecaman hebat kerana beraksi di Bigo Live, Fathia Latiff telah menimbulkan kegemparan dengan tidak memahami maksud ‘cashless’, menyindir Perdana Menteri ekoran isu banjir di Pulau Pinang dan terbaru, pelakon drama Arianna Rose kini menulis sindiran berkenaan peningkatan saluran dana oleh kerajaan ke industri pelancongan.
Fathia bagimanapun sekali lagi dibidas kerana dianggap menulis tweet kurang cerdik mengenai sektor pelancongan negara. Fathia menulis:
Apabila menerima reaksi negatif netizen, Fathia menganggap ada yang sentap dengan kenyataannya. Namun ada netizen menerangkan bahawa Fathia menerima reaksi negatif kerana tidak faham tujuan kerajaan menyuntik dana ke industri pelancongan:
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Seterusnya reaksi yang diterima menunjukkan Netizen tidak bersetuju dengan tulisan Fathia kerana logik di sebalik tindakan kerajaan melabur ke industri pelancongan sepatutnya sesuatu yang asas dan mudah difahami:
Penulis tidak pasti sejak bila Fathia begitu prihatin terhadap urusan tadbir negara. Namun begitu bagi penulis ada baiknya Fathia tidak begitu lantang mengkritik sesuatu yang tidak difahaminya kerana ia tidak membantu meningkatkan imejnya yang tercalar sejak insiden Bigo Live. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com