April 25th, 2019

Tidak dinafikan, ramai terkejut dengan tindakan Fathia Latiff yang membuka tudungnya selepas 3 tahun berhijab. Jelas Fathia, beliau tidak mahu lagi terus hipokrit dan mengakui sebelum ini beliau menutup aurat bukan kerana Allah SWT tetapi sebaliknya ingin membuktikan sesuatu terhadap seseorang.

Hati dan kehidupannya tidak tenang ketika berhijab tetapi kini beliau sangat gembira dan selesa dengan imej terbarunya yang berambut pendek.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan kecewa dengan tindakan yang diambil oleh Fathia sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Dihimpit dengan pelbagai kritikan, Fathia berkata ini adalah kehidupannya dan beliau berhak untuk mengatur hidupnya. Orang lain tidak perlu terlalu cepat menghukum dan menghina dirinya.

Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum. Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.

Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan. Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat.

Menurut Fathia, tidak salah jika ingin menegur ataupun memberikan nasihat, tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara yang lebih berhemah.

Sumber Berita : Harian Metro


47 responses to “Fathia Latiff Selar Netizen, Jangan Terus Kecam Dan Hina Dirinya”

  1. Bb says:

    Semoga diberikan hidayah

  2. pooodahh says:

    hidup nya penuh celaru, derr, sape dengki kt ko, hidup penuh huru hara, asyik cari publisiti je, ingat ko buka tudung , job datang mederu deru ke nak suh ko belakon, pengarah bangang je nak amik ko. baik ko lenyap dari industri seni la. serabut dengan kes ko ni. perosak belia negara.

  3. tweety2805 says:

    then what you expect?
    nak puja puji ko lepas ko off hijab???
    alahaiiiiii……kesiannnn ko fatiya!!
    lagi aku kesian ngan parents ko:(
    semoga jumpa “jalan pulang”…aaminnnn

  4. Anonymous says:

    mnah anti tudung. When you start condemning orang pakai tudung that will of coursevinclude mak nenek dan adik beradik kko jugak. Get it? So ko nak kondem jgn merepek sangat. Just use tiny bit of your brain!

  5. Anonymous says:

    ni start dari uqasha berani bukak tudung dulu..

Loading...