Memang ramai yang terkejut apabila melihat video gadis mirip Fathia Latiff yang menjadi viral baru-baru ini. Selain daripada keseksian si gadis tersebut, ada desas-desus yang menyatakan nama Fathia Latiff telah digugurkan daripada drama La Luna kerana masalah displin iaitu datang lambat ke lokasi penggambaran. Akhirnya desas-desus tersebut telah disahkan oleh penerbit syarikat produksi TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud.
Menurut Norazah, keputusan itu diambil selepas berbincang dengan pengarah dan pengurus produksi. Masalah displin Fathia Latif telah menganggu kelancaran proses penggambaran drama La Luna yang turut sama dibintangi oleh Afiq Muiz, Nasha Aziz dan juga Elisya Sandha. Kata Norazah:-
Dia selalu datang lambat dan semalam tak datang langsung. Semua kru di lokasi menjadi saksi dan tidak ada apa lagi perlu disorokkan. Betul, dia sudah digugurkan daripada drama ini sejak semalam. Fathia sudah terbabit selama dua minggu membabitkan 35 babak. Diakui sepanjang tempoh itu, dia sering datang lambat. Ada yang dimaklumkan begitu juga sebaliknya.
Kalau dia datang awal pun, ia atas inisiatif pihak produksi yang memantaunya. Namun fikir secara logik, takkan setiap hari mereka nak menguruskan dia seorang. Banyak lagi perkara lain perlu dilakukan.
Soal dia datang lambat, kami boleh tutup mata lagi sebab masih boleh meneruskan penggambaran selepas itu. Namun apabila dia tidak muncul di lokasi semalam, saya beranggapan dia sudah melampau.
Menurut Norazah lagi, dia kecewa dengan sikap pelakon itu yang mana sudah berjanji untuk berubah sebelum menawarkan projek itu. Tambahnya lagi:-
Pada awalnya saya tak nak mengambil dia berlakon kerana sedia maklum dia mempunyai masalah disiplin. Namun pengurus produksi memberi jaminan dia sudah berubah. Malah dia sendiri mengatakan perkara sama kepada saya. Jadi saya pun percayakannya.
Apabila terjadi perkara ini, saya sangat kecewa. Dia mengkhianati kepercayaan diberikan. Ia memberi kesan kepada keseluruhan pasukan. Dia ada menghantar mesej meminta maaf dan berjanji untuk berubah. Namun saya serik dan takut dengan janji diberikan. Malah pengarah dan pengurus produksi pun sama
Namun begitu Norazah telah membetulkan laporan daripada sumber Beautifulnara di mana pihak produksi tidak menghalau Fathia yang hadir di dalam keadaan tidak terurus, sebaliknya pelakon tersebut yang melarikan diri. Kata Norazah lagi:-
Selepas ditegur kerana tidak memberi komitmen, Fathia melarikan diri menaiki kenderaan bersama seorang teman iaitu pelakon baharu. Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah.
Buat masa ini, pengganti untuk Fathia Latiff masih belum diketahui. Akibat pengguguran ini, semua babak yang melibatkan Fathia akan dirakam semula dengan penggantinya. Semoga kejadian ini akan menjadi iktibar dan pengajaran buat Fathia Latiff. Jangan sampai semua pihak enggan mengambil anda berlakon lagi kerana masalah displin. Sumber Harian Metro dan Mstar Online.