April 2nd, 2018

Kontroversi tarian ghairah di Bigo Live dengan pelakon Natasha Elyzza menyebabkan jelitawan Fathia Latiff dikecam hebat Netizen.

Susulan kontroversi itu, Natasha Elyzza telah enam bulan tidak menerima sebarang tawaran lakonan sehingga merayu untuk diberikan peluang terakhir bagi menceburi bidang lakonan semula.

Terbaru, Fathia Latiff juga menyatakan rindu untuk berlakon melalui satu tweet yang ditulisnya.

Tweet itu menyebabkan netizen mempersoalkan sama ada benar Fathia sudah tidak menerima tawaran berlakon. Fathia seterusnya mengkritik sebuah stesen televisyen tersohor, menyatakan dia tidak kisah digam oleh stesen tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Dia turut mendakwa dilayan seperti sampah oleh krew belakang pentas Sepahtu Reunion dalam satu kes viral yang menyebabkan kemunculannya di rancangan itu digantikan oleh pelakon Siti Elizad. 

Fathia pernah membuat kenyataan meminta agar dirinya tidak dikaitkan lagi dengan kontroversi Bigo Live sebelum ini, mengakui ianya satu kesilapan dan meminta mereka yang masih menyimpan video rakaman siaran langsung tersebut untuk memadam rakaman tersebut.

Malah, walaupun pernah rapat, Fathia dan Natasha dikatakan tidak lagi berhubung antara satu sama lain semenjak kontroversi tersebut. – beautifulnara.com


40 responses to “Fathia Latiff Rindu Berlakon, Digam Stesen Televisyen Tersohor?”

  1. Anonymous says:

    dah kene gam masih lantang lagi kt tv3… salah sendiri ber bigo smpi tak sedar diri.. tv3 pon bengang jgk… masa sesi sepahtu reunion patut dtg pkul 3 utk rehearsal tp dtg mlm pastu lambat pulak bila rancangan dah start baru smpi.. sendiri tak beri komitment keje xperlu salah kan pihak lain…. cari la keje lain..

  2. Anonymous says:

    berlakon pn ntah pape.. takyah la

  3. ROSNAHMY says:

    fathia dosa nya dengan allah sekali jee…hanya allah saja yang mengetahai keadaan sebenar dia.tapi kita manusia ni yg mengaku sebagai islam…bertimbun timbun dosa memanjang kan dan memperkatakan keaibkan orang. fikir2 kan lah. tentang syurga dan neraka.

  4. any says:

    dah tau berlakon tu satu perkerjaan.. mata pencarian .. kenapalah tak jaga periuk nasi sendiri.. ini lah di katakana orang tua dulu-dulu ” ikut hati mati.. ikut rasa binasa ” beringat sebelum kena ” sekali jalan kena.. 2 kali jalan beringat.. ni tok asyik terkena aje.. beringat tak da lak..

  5. Anonymous says:

    Hi semua ta salah lau fathia minta maaf mungkin dia dah insaf silap dia memilih kawan,fathia one of the good actress any siaran tv should give her another chance kena bagi dia kontrek kalau dia masih datang lambat dkt set dats wil be the last for her,must give her full discipline,within arianarose she acting everyone of us enjoying that drama,any producer or director out there she deserves to have another chance,tv1 ke tv2.

    • Anonymous says:

      KO NIE FATHIA EKKKK… HAHAHAHAH

    • Anonymous says:

      Boleh x cakap bahasa senang faham sikit? Tak reti cakap english cakap melayu pun takpe.

    • Anonymous says:

      Dia dh tua, sebelum buat tau mana salah mana betul mana baik mana x baik.. stop menyalak, stop menyemak in others past relationship, ddk diam2 kt rumah dgn mak ayah.. org yg sengaja cari nahas jgn la nk diback up sgt.. mcm tu bila dia nk belajar?

Loading...