Bukan mudah untuk menjadi seorang wanita cantik yang masih solo apatah lagi jika bergelar selebriti, pasti pelbagai gosip percintaan akan tercetus. Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian peminatnya apabila ada desas-desus mengatakan beliau bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang ternama dan berdarah raja.
Namun, semua itu cuma berita palsu. Sejak putus cinta dengan Aiman Hakim Ridza, Fathia fobia untuk bercinta kerana tidak mahu hatinya terluka lagi.
Bukan sekali saya kecewa kerana cinta. Situasi itu sudah saya lalui dua tiga kali. Bertahun-tahun bercinta tetapi tidak kemana. Jadi, saya membuat keputusan biarlah saya sendiri dulu buat sementara ini.
Soal jodoh saya serahkan sepenuhnya kepada rezeki ditetapkan dan buat sementara waktu saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan rapat di sisi yang sentiasa membuatkan hari-hari dilaluo terisi dan tidak pernah berasa sunyi.
Fathia akui bukan mudah untuk mencari seseorang yang mampu untuk menerima kebaikan dan keburukkan orang lain.
Sering hidup berdikari tanpa rasa sunyi, Fathia tidak kisah jika beliau terus dihimpit dengan soalan berkaitan jodoh dan berkahwin.