Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fathia Latiff Mohon Maaf Buka Tudung

Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila pelakon Fathia Latiff dilihat membuka tudung di sebuah majlis rumah terbuka dan duduk bersebelahan dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih hatinya. Tidak mahu terus menjadi mangsa kecaman netizen, Fathia tampil memohon maaf kerana membuka tudungya.

Advertisement

Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya. Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung.

Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.

Fathia merasa agak pelik bagaimana foto tersebut boleh tersebar ke laman sosial serta blog sedangkan beliau dikelilingi oleh orang-orang yang rapat dengannya ketika itu. Walaubagaimanapun, Fathia meminta netizen berhenti mengecam dirinya dan sebaliknya mendoakan beliau terus kuat dalam menghadapi pelbagai dugaan.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama