Setelah dikecam kerana meninggalkan komen berbaur kontroversi agar pelakon Iqram Dinzly membunuh diri, semalam Fathia Latiff menerusi akaun Instagramnya meminta maaf atas keterlanjurannya itu.
Menurut Fathia, apa yang berlaku cuma salah faham sahaja dan beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap Iqram.
Salam kepada semua. Saya ingin meminta maaf diatas pertuturan saya dengan Iqram Dinzly pada tempoh hari. Ini hanyalah salah faham memandangkan saya dan dia dalam keadaan baik dan saya tidak mempunyai niat buruk sama sekali kepada beliau. Sekali lagi saya meminta maaf diatas sensitiviti isu ini.
Sebab itu kata orang, sebelum hendak berkata sesuatu fikirlah dahulu agar ia tidak membuatkan orang lain sakit hati ataupun menimbulkan salah faham. Harapnya Fathia tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.