Tahun lalu, nama Fathia Latiff tidak lekang dengan kontroversi panas terutama sekali ketika beliau membuka hijab dan menari di Bigo Live. Ketika itu, ramai juga netizen yang mempertikaikan niat sebenar beliau berhijrah.
Selepas melalui beberapa ujian dalam hidupnya, Fathia kini ingin terus bangkit dengan semangat baru dan mahu mendekatkan diri dan mendalami ilmu agama.
Saya bukan cuba nak jadi alim. Dekatkan diri dengan agama maksud saya untuk lebih memahami agama, korek lagi mengenai agama dan kehidupan. Dulu saya selalu sibuk dengan lakonan dan bila berhijrah pun saya belum pergi cukup dalam lagi untuk memahami agama. Jadi sekarang masanya. Saya harap terus istiqamah dengan apa yang saya lakukan.
Semoga Fathia terus istiqamah dalam apa yang beliau ingin lakukan ini. Doakan agar Fathia dapat menjadi seorang insan yang lebih baik lagi di masa hadapan.