Memberikan komen mengenai isu tersebut, Iqram menerusi perbualan telefon bersama Mstar Online juga bengang dengan kenyataan Fathia.
Dah kenapa dia tu? Saya tak tahu apa sebab Fathia nak memberikan komen begitu. Sama ada beliau mahu bergurau atau apa. Saya pun mahu bergurau juga. Aku tahu kau pergi luar negara larikan diri kan? Lebih baik kau pun sama bunuh diri.
Tidak pasti mengapa Fathia harus memberikan komen berunsur provokatif seperti itu sedangkan kini ramai yang ingin memberikan sokongan moral kepada Iqram agar beliau kembali positif dan tidak tertekan. Harapnya Fathia tampil memberikan penjelasan terhadap tindakan beliau yang agak melampau itu.