May 13th, 2019

Baru sahaja membuat pengumuman beliau tidak lagi bertudung kerana enggan terus hipokrit dan selesa dengan imejnya berambut pendek, pelakon Fathia Latiff mencetuskan persoalan lagi apabila tiba-tiba memuat naik foto beliau kembali memakai hijab di akaun Instagramnya.

Ramai yang menganggap mungkin beliau ingin menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menutup aurat dan diakui Fathia tampak begitu manis apabila bertudung.

Bagaimanapun, ketika dihubungi pihak media, Fathia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai penampilannya itu.

Salam… Saya tiada komen mengenai perkara itu.

Terdahulu, Fathia berkata, ketika berhijab kehidupannya penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE


16 responses to “Fathia Latiff Kembali Bertudung?”

  1. Tatiana Iowe says:

    Asal tetiba ramai artis suka buat mulut muncung tu kalau perasan.. Haha.?

  2. Reza says:

    Dia ni dh bercelaru sgt otak, moga cepat dpt jodoh adalh insan yg beri kasih syg nnti, settle…

  3. Anonymous says:

    Kasihan tengok dia ni makin tidak tentu arah. Mana ahli keluarga ye huhuhu…Apapun semoga diberi hidayah untukmu…

  4. bong cit says:

    buat la cmna pun…nama ko dh tenggelam trus…mempermainkan agama

  5. norak says:

    kalau korang nak tau, neng yatimah yg suruh dia pakai tudung balik..tak caya? cer whatsap rosiah chik..

Loading...