Baru sahaja membuat pengumuman beliau tidak lagi bertudung kerana enggan terus hipokrit dan selesa dengan imejnya berambut pendek, pelakon Fathia Latiff mencetuskan persoalan lagi apabila tiba-tiba memuat naik foto beliau kembali memakai hijab di akaun Instagramnya.
Ramai yang menganggap mungkin beliau ingin menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menutup aurat dan diakui Fathia tampak begitu manis apabila bertudung.
Bagaimanapun, ketika dihubungi pihak media, Fathia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai penampilannya itu.
Salam… Saya tiada komen mengenai perkara itu.
Terdahulu, Fathia berkata, ketika berhijab kehidupannya penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi.

Lyla
May 15, 2019 at 7:45 am
Isu sampah…..carik isu lain nara wehhh
Sajadiah
May 14, 2019 at 2:16 pm
Dia ni totally cancelled. Nampak macam gila isim. Yang tak faham masih ramai minat dia? Wake up la fans. Dah banyak kali dia permainkan agama.
tomi
May 13, 2019 at 6:30 pm
dah biasa bertudung, rasa tak lengkap klu tanggalkan
lavender
May 13, 2019 at 2:58 pm
sy harap awk kuat.. sempenan bln ramadhan ni byk2kan buat amalan dekatkan diri dgn Allah.. amalkan baca quran kalau boleh yg siap ada tafsir. sebaiknya berguru. Semoga Allah tunjukkan jalan ketenangan buat Fathia.. asalkan ada niat utk berubah insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. jgn pernah putus asa dlm berdoa