Fathia Latiff Gelar Aiman Hakim Lelaki Dayus Tidak Mahu Bayar Hutang?

Hiburan

Fathia Latiff Gelar Aiman Hakim Lelaki Dayus Tidak Mahu Bayar Hutang?

Petang ini nama Fathia Latiff sekali lagi menghangatkan media sosial apabila tiba-tiba memuat naik foto bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza dan menuntut agar pelakon lelaki itu membayar balik hutangnya.

Advertisement

Menyifatkan Aiman seorang lelaki yang dayus, Fathia juga mendakwa Aiman telah menyekat panggilannya apabila beliau cuba untuk meminta kembali wangnya secara baik.

Walaubagaimanapun, Fathia telah memadam foto tersebut setelah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang ingin tahu apa yang sudah berlaku sebenarnya. Ada juga yang mengecam Fathia ‘meroyan’ dan sengaja ingin cetuskan kontroversi.

Dalam pada itu, rakan karib Aiman iaitu Sharifah Sakinah tampil dengan pandangan beliau mengenai tindakan Fathia itu.  Buat Sakinah apa yang Fathia lakukan itu sudah mencalar imej Aiman dan sekaligus menafikan setiap dakwaan berkaitan hutang tersebut.

Pada masa yang sama, Sakinah meminta Fathia untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ketika sedang emosi kerana ia hanya mengundang spekulasi dan keburukan. Aduhai, macam-macam hal juga ya. Kalau betul ada masalah, tidak perlu semuanya harus dimuat naik ke media sosial. Cubalah selesaikan dengan cara yang lebih matang. Nanti kena kecam, kata netizen pula yang melampau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...