July 19th, 2016

Fathia Latiff antara artis yang baru-baru ini sudah mengenakan hijab sepenuhnya dan dalam proses untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Namun, dalam membuat sesuatu kebaikan pasti akan ada dugaan yang mendatang.

Sedang menjalani penggambaran drama sekitar Sepanyol dan Perancis, Fathia ada berkongsi beberapa foto beliau ketika berada di luar negara  di akaun Instagram miliknya.

Walaubagaimanapun, ada sebuah foto dimana Fathia memakai selendang sahaja dan menampakkan rambutnya telah mengundang kritikan daripada netizen.

Ada yang melabelkan beliau sebagai hipokrit kerana tidak menutup aurat di luar negara dan ada yang memberikan komen sinis adakah Fathia sudah mula untuk membuka tudungnya.

Berikut antara komen netizen:-

Walaubagaimanapun, masih ada peminat yang memberikan kata-kata positif buat Fathia.

Malah, Fathia juga nampaknya tidak melatah apabila dikritik dan mengucapkan terima kasih kerana menegurnya.

Janganlah cepat menghukum seseorang, Fathia masih lagi dalam peringkat untuk berubah menjadi lebih baik dan beliau bukanlah seorang manusia sempurna.  Kalau ada silap, tegur dengan baik bukannya menghentam.


Comments are closed.

Loading...