Fathia Latiff Dakwa Suami Heliza Helmi Penipu, Tak Siapkan ‘Renovation’ Rumah – “Dah 5 Tahun Saya Bayar Ansuran”

Hiburan

Fathia Latiff Dakwa Suami Heliza Helmi Penipu, Tak Siapkan ‘Renovation’ Rumah – “Dah 5 Tahun Saya Bayar Ansuran”

Belum pun lagi reda tentang isu hangatnya sebelum ini, pelakon Fathia Latiff nampaknya menjadikan individu lain pula sasaran terbarunya.

Selepas Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim, aktres berusia 36 tahun itu menimbulkan kontroversi baru mendakwa suami Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Zaman telah menipunya.

Advertisement

heliza helmi dan suami

 

Dah bayar untuk renovation rumah tapi tak siap siap

Dakwa Fathia, dia telah membayar syarikat milik Mahadi untuk menyiapkan rumah yang dibelinya pada lima tahun lalu namun ia kerja ubah suai tersebut masih belum selesai.

Bukan itu sahaja, Fathia turut berkata dia perlu membayar RM5,000 ansuran setiap bulan namun rumah itu masih belum siap tahun lalu seperti yang dijanjikan.

Saya boleh je nak jemput dia sekarang untuk bersembang, Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga saya mahu buat tuntutan lain.

Fathia yang kini berada di Osaka, Jepun itu berkata dia enggan pulang ke Malaysia selagi rumahnya tidak disiapkan.

 

“Apa dia merepek?” – Mahadi

Tuan empunya badan, Mahadi bagaimanapun sudah memberikan respon dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan aktres tersebut bahawa dia merupakan seorang penipu.

Kata usahawan berusia 40 tahun itu, dia tidak pernah kenal dengan Fathia secara peribadi namun tiada rekod urusan perniagaan antara syarikatnya dengan pelakon tersebut.

Memang terkejut bila dia kata demikian. Saya tak pernah kenal dia, tak pernah jumpa, saya tidak jual rumah dengannya dan syarikat saya tiada perniagaan melibatkan hartanah.

Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu.

fathia latiff

Mahadi turut berkata syarikatnya tidak menerima sebarang transaksi RM2,000 secara ansuran setiap bulan seperti yang dikatakan oleh Fathia itu.

Dia turut menegaskan tidak mahu berjumpa Fathia kerana tiada keperluan untuk itu namun meminta aktres terbabit untuk berurusan terus dengan peguamnya jika ada perkara yang mahu dibincangkan.

Fathia zahirah
11 months ago

"Saya Tak Cakap Zahirah Hodoh, Ada Je Bibik Yang Cantik" - Fathia Latiff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...