Belum reda isu buka tudung dan kini tampil dengan rambut pendek, nama Fathia Latiff sekali lagi hangat diperkatakan apabila foto panas beliau berpelukan mesra dan dicium seorang lelaki tersebar di media sosial.
Fathia memuat naik foto tersebut di Insta Stories bersama beberapa kenyataan berbaur sindiran terhadap pihak yang terus mengecam tindakannya membuka tudung dan turut menyertakan ayat-ayat berbaur lucah.
Daripada perlakuan Fathia ini, rata-rata netizen berpendapat mungkin beliau sememangnya mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan pakar. Ada juga yang mengatakan mungkin Fathia sengaja memuat naik foto panas itu kerana ingin meraih publisiti.
Terdahulu, Fathia mengesahkan beliau sudah membuka tudung dan sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu kerana penampilannya ketika berhijab penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi. Sebelum ini, Fathia menutup aurat atas desakan orang dan bukannya kerana Allah SWT.