Sehingga saat ini, kami tahu masih ada segelintir pihak yang mengkritik Fathia Latiff kerana isu beliau yang tidak berpuas hati dengan seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya. Tidak kami nafikan, isu itu agak panas.
Namun, sedang kami enak melayari Internet kami terbaca satu artikel di portal Harian Metro dimana ada seorang insan menceritakan kebaikan Fathia menerusi ruangan Cik Pang.
Menurut insan berkenaan, dikala netizen menghentam Fathia, tahukah mereka bahawa pelakon itu telah mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak, Â semata-mata kerana ingin membantu membayar kos pembedahan rakannya yang mahu membuang payudara palsu yang sebelum ini dibuat di selatan Thailand berbelas tahun lalu.
Fathia sebenarnya agak berbesar hati dengan perubahan rakannya itu. Difahamkan pembedahan berkenaan berjalan dengan lancar dan selamat.
Bukan itu sahaja, Fathia juga banyak memberikan semangat serta nasihat buat rakannya sehinggakan beliau kini sudah menjadi lelaki sejati.
Membaca cerita tersebut, kami yakin ramai yang menghina Fathia pasti akan terdiam apabila mengetahui kebaikan yang beliau telah lakukan. Â Sungguh mulia hati Fathia untuk melihat rakannya berubah ke arah yang lebih baik. Semoga apa yang dilakukan oleh Fathia ini dapat memberikan contoh buat orang lain juga. InshaAllah.