Fathia Latiff Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini?

Hiburan

Fathia Latiff Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini?

Umum mengetahui kini pelakon Fathia Latiff sedang bercinta dengan seseorang yang dikenali sebagai A. Menurut Raja Mawar di BH ONLINE, Fathia dan A yang merupakan seorang ahli perniagaan sudah mempunyai rancangan untuk berkahwin pada penghujung tahun ini. Malah, keluarga Fathia dan keluarga kekasihnya itu sudah lama saling mengenali.

Advertisement

Sumber memberitahu Raja, Fathia dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 20-an itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Namun, tarikh masih belum ditetapkan lagi. Mungkin Oktober, November atau Disember. Maknanya hujung tahunlah kan… Bagaimanapun, hingga kini, Fathia belum membuka mulut berbicara soal perkahwinan. Mungkin Fathia masih mahu berahsia…

Raja dengar keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah lama saling mengenali. Keluarga Fathia dan A adalah kenalan lama. Mereka mula berkawan apabila Fathia dan keluarganya menghadiri majlis perkahwinan saudara rapat A, beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Fathia ada meluahkan harapan agar keikhlasan dan kesungguhan A akan berkekalan sehingga akhir hayat dan kekasihnya itu dapat mencintainya sepenuh hati.

Selalunya, ketika mula bercinta wanita akan ditatang bagaikan minyak yang penuh dan lelaki sanggup berkorban apa saja. Selepas berkahwin, semua bertukar sekelip mata. Saya bukan skeptikal terhadap perkahwinan, cuma tidak mahu tersalah langkah. Kalau boleh, saya hanya mahu meniti alam perkahwinan hanya sekali.

Kami mendoakan yang terbaik buat Fathia dan semoga beliau dan kekasih mempunyai jodoh untuk cepat naik pelamin. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...