Mencetus kontroversi baru-baru ini apabila mengambil keputusan untuk berhijab semula sejak Ramadhan lalu, Fathia Latiff mengakui dia sebelum ini menghadapi fasa sukar untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.
Dia yang ketika ditemui Gempak.com berkata bukan mudah untuk dirinya melupakan seseorang yang amat dikasihinya. Menurutnya lagi, dia mengambil masa 5 tahun untuk ‘move on’ dari kisah cintanya yang lalu. Namun kini dia akur dan redha dengan ketentuan Ilahi.
“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa sukarnya untuk saya nak move on. Namun alhamdullilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya secara perlahan-lahan walaupun mengambil masa lambat,”
Dia juga menjelaskan bahawa dirinya kini gembira dengan kehidupannya kini dan mahu maju ke hadapan serta melupakan kisah-kisah silam.
Fathia juga sempat menitipkan pesanan kepada kehidupan baru Aiman Hakim yang kini bahagia bersama pasangannya, Zahirah Macwilson supaya sentiasa bahagia hingga ke syurga.
“Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga,”
Fathia dan Aiman sebelum ini pernah menjalin cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015. Manakala Aiman Hakim kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan Zahirah Macwilson pada 20 Februari lalu.
Sumber: Astro Gempak