Fathia Latiff Akui Sedih Tiada Tawaran Berlakon

Hiburan

Fathia Latiff Akui Sedih Tiada Tawaran Berlakon

Sejak Fathia Latiff terlibat dengan kontroversi tampil seksi dan menari di Bigo Live beberapa bulan lalu, pelakon tersebut terus menjadi target untuk netizen mencari setiap kesalahannya dan mengecam beliau di media sosial.

Advertisement

Aktif di Twitter membangkitkan isu politik semasa, Fathia bagaimanapun tidak dapat menipu diri sendiri dan mengakui sedih kerana sudah tidak mendapat tawaran berlakon gara-gara kontroversi yang menghimpit dirinya.

Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon. Cuma, selepas digugurkan dalam drama La Luna saya tiada sebarang tawaran. Mungkin disebabkan kontroversi mengenai diri saya, penerbit tidak mahu menawarkan sebarang drama. Cuma saya pinta kepada semua penerbit, jangan kerana keburukan yang ada pada diri saya, kebaikan-kebaikan lain yang ada pada saya tidak dipandang.

Tidak mengapa Fathia, janganlah terlalu bersedih dan cuba untuk berdoa yang terbaik untuk diri anda. InshaAllah ada lah rezeki untuk kembali berlakon.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...