Fathia Latiff Akui Pernah Menangis Kerana Cinta

Hiburan

Fathia Latiff Akui Pernah Menangis Kerana Cinta

Hubungan cinta yang dibina antara Fathia Latiff bersama kekasih, Aiman Hakim Redza pernah dilanda badai sebelum ini dan membuatkan mereka untuk mengambil jalan perpisahan. Namun,  rasa cinta dan kasih sayang yang masih kuat dalam hati mereka menyatukan mereka kembali.  Berbicara soal percintaan Fathia dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia mengakui beliau pernah menangis kerana cinta.

Advertisement

Sudah tentu. Memang pernah. Saya tidak mahu berbohong dan hipokrit. Saya juga jenis yang senang menangis. Tapi tidak mahulah kerana lelaki saya lupa akan kerja yang sepatutnya dibuat. Cinta dan kerjaya, saya perlu seimbangkan.

Berkenaan dengan hasrat Aiman untuk bernikah dengannya, Fathia  bagaimanapun merasakan ia terlalu awal untuk  bercakap perihal perkahwinan dan harus memikirkan perkara tersebut secara masak-masak agar kedua-dua pihak bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam berumah tangga.

Pada masa yang sama Fathia menyatakan beliau  sudah bersedia dengan pelbagai dugaan yang bakal dialaminya jika timbul spekulasi berkaitan dengan Aiman.

Sudah bersedia. Selama bercinta dengan Aiman belum ada lagi soal wujudnya orang ketiga. Aiman sangat ambil berat dan dia memang baik sangat. Penyayang. Dari situ ada potensi untuk masa depan. Jadi kita letakkan harapanlah.

Jika ingin berkahwin pastikan kita sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab selain ingin hidup bersama seseorang yang kita cinta. Adalah lebih baik untuk tidak terburu-buru dalam soal perkahwinan kerana tentu sekali kita ingin ia kekal selamanya.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...