FashionValet: SPRM Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018, Semua Barang Mewah Pernah ‘Show Off’ Di Instagram Kini Disiasat

Trending

FashionValet: SPRM Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018, Semua Barang Mewah Pernah ‘Show Off’ Di Instagram Kini Disiasat

Dalam perkembangan terbaru siasatan ke atas syarikat e-dagang FashionValet berhubung kerugian pelaburan RM43.9 juta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, transaksi mencurigakan itu dikesan berlaku sejak 2018 hingga tahun lalu.

Advertisement

Pasukan siasatan setakat ini merumuskan terdapat transaksi akaun meragukan daripada sebuah syarikat (dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet) dan beberapa pihak lain yang disiasat.

Vivy Yusof dan Fadza dipanggil SPRM

Kita juga berjaya mengesan beberapa transaksi kewangan mencurigakan. (Transaksi mencurigakan) ini bermula dari 2018 hingga 2023.

Setakat ini, pihak SPRM sudah merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

Tambah Azam, pihaknya kini melihat kepada aliran punca kewangan dan sebab kemasukan dan ke mana wang itu dibelanjakan bagi melihat adakah terdapat unsur jenayah rasuah atau kesalahan lain membabitkan penipuan.

Namun, kita percaya ada sebahagian pelaburan (diterima) yang disalahguna dalam hal ini, ini kita sedang kenal pasti.

vivy yusof dan fadza anuar disiasat SPRM koleksi beg tangan Vivy Yusof

Tambahnya, SPRM kini sedang dalam peringkat mengesan barangan milik pengasas FashionValet yang pernah ditunjukkannya dalam media sosial sebelum ini.

Dalam pada itu, Azam juga berkata Datuk Fadza Anuar dan Datin Vivy Yusof tidak akan ditahan reman memandangkan mereka berdua memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Akaun vivy dan suami dibeku
2 weeks ago

SPRM Beku Akaun Persendirian, Enam Syarikat Milik Vivy Yusof & Fadza Bernilai RM1.1 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...