FashionValet Dah Rugi Berterusan Sejak Tahun 2012 Hingga 2017 Sebelum Pelaburan Khazanah & PNB

Trending

FashionValet Dah Rugi Berterusan Sejak Tahun 2012 Hingga 2017 Sebelum Pelaburan Khazanah & PNB

Sedia maklum, ketika ini FashionValet Sdn Bhd (FV) telah menjadi perhatian ramai berikutan kes kerugian pelaburan Khazanah dan PNB sebanyak RM43.9 juta dalam syarikat terbabit.

Sudah rugi lima tahun sebelum Khazanah & PNB melabur

Lebih mengejutkan, laporan Berita Harian memaklumkan syarikat FV sudah menghadapi kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat tersebut melabur jutaan ringgit.

Advertisement

Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara tahun 2012 hingga 2017 menunjukkan kerugian meningkat sebanyak RM10.7 juta pada tahun 2017 berbanding RM166793 pada tahun 2012 dan sebelum ini berlaku sebelum Khazanah serta PNB melabur pada tahun 2018.

fashionvalet

Difahamkan, dalam tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat FV, ia telah mencatat kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.

Mengapa Khazanah & PNB masih melabur dalam FashionValet?

Jurucakap Khazanah menyatakan bahawa pelaburan ini berpandukan tema e-dagang dalam talian, dengan matlamat untuk memupuk perniagaan runcit digital tempatan. Menurut Kementerian Kewangan, PNB turut menyokong visi ini bagi membangunkan platform runcit serantau bagi jenama Malaysia.

logo khazanah dan pnb

Namun begitu, persekitaran industri yang mencabar, tambah pula berlakunya pandemik menyebabkan FV terpaksa mencari pelabur baharu dan sehingga kini, NXBT Partners menjadi pemegang saham terbesar dalam FV sebanyak 51% kepentingan, menyusul selepas pengunduran Khazanah serta PNB.

Tambahan lagi, laporan kewangan FV untuk tahun 2022 mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.5 juta walaupun mencapai pendapatan RM112.8 juta, susulan itu, pretasi ini telah menimbulkan persoalan tentang risiko pelaburan oleh institusi berkaitan kerajaan dalam syarikat terbabit.

SPRM serbu FV, soal siasat Vivy dan Fadza
2 months ago

Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta: SPRM Serbu MoF, Khazanah, PNB & FashionValet Serentak, Vivy Yusof & Fadza Anuar Turut Disoal Siasat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...