Minggu lalu, video pelakon jelita Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang kelihatan mesra berpelukan di lapangan terbang hangat diperkatakan dan mencetuskan persoalan tentang status hubungan mereka. Akhirnya, Fasha akui Aidil adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini dan membuatkan dirinya terasa lebih bahagia.
Buat Aidil, sikap Fasha yang matang dan menerimanya sedanya tanpa mengungkit kisah silamnya yang hitam berkaitan kontroversi dadah sebelum ini membuatkan hatinya tertawan dengan aktres itu.
Secara luaran, tidak dinafikan Fasha kelihatan seperti wanita yang berada dalam kategori ‘high maintenance’. Namun, dalamannya dia tidaklah sebegitu. Sikap keibuan yang dimiliki Fasha terserlah dalam mendidik dan membesarkan kedua-dua anaknya, bahkan sangat mengambil berat perihal mereka dua beradik.
Aidil meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka dan janganlah hanya menilai seseorang itu dari luaran sahaja. Terdahulu, ada segelintir netizen mempertikaikan mengapa Fasha tidak mencari pengganti yang lebih kaya daripada bekas suaminya, Jejai dan mengapa memilih seorang lelaki yang pernah terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah.