Sebelum ini, mereka pernah dikritik kerana memuat naik video menari mesra di media sosial tetapi kali ini nampaknya Fasha Sandha dan Aidil kongsi adegan berahi pula.
Menerusi Instagram, pasangan itu berkongsi teaser dipercayai untuk melancarkan produk terbaru namun aksi Fasha dan Aidil berendam di dalam kolam air mengundang kritikan ramai.
Berdasarkan rakaman itu, Fasha dipercayai memakai baju renang manakala Aidil pula tidak berbaju dan mereka melakukan adegan mesra suami isteri sambil berlatar belakangkan lagu ‘This is Love’.
View this post on Instagram
Video tersebut baru dimuat naik sejam yang lalu dan ia serta merta mendapat komen negatif ramai warganet yang mengkritik adegan mereka itu.
Ada yang mengkritik Fasha makin ‘menjadi jadi’ semenjak sudah kurus dan segelintir pula dilihat memerlinya tidak berubah walhal baru pulang dari menunaikan umrah.
Dalam pada itu, sesetengah individu berkata mereka unfollow aktres berkenaan kerana sudah berubah dan tidak seperti Fasha Sandha yang dahulu.
Rata-ratanya menegur mereka mempamerkan aksi mesra dan seperti memberi gambaran ghairah meskipun berstatus suami isteri.
Walaupun halal pasangan suami isteri tetapi perlakuan ini jelas haram ditonton orang awam.