#visitmyig #sayajual semua ini antara hashtag paling biasa kita lihat di akaun Instragram artis dimana beberapa peniaga Instagram mengambil peluang untuk mengiklankan produk mereka di ruang komen selebriti popular.
Namun, tidak semua selebriti yang gemar dengan tindakan peniaga-peniaga ini malah ada yang blocked mereka daripada komen didalam Instagram mereka.
Walaubagaimanapun, aktres Fasha Sandha tidak kisah jika anda antara peminatnya berbuat demikian dan tidak akan memadam ataupun blocked mereka yang ingin beriklan.
Malah, Fasha menerusi akaun Instagram juga memberitahu beliau tidak akan membuat sebarang IG Review meskipun ia mungkin mendatangkan keuntungan kepada beliau.
First of all, thank You dear adik kakak abang Online sellers, thank You kerana tak jemu2 hantar email untuk menawarkan IG review, sampai beribu emails yang tak sempat saya baca.
Saya minta maaf, saya tak buat IG Review, saya hanya akan #instaikhlas sekiranya saya benar2 menggunakan produk/makanan/perkhidmatan tersebut dan saya ikhlas sukakannya. Hanya Insta secara Ikhlas.
Walaubagaimanapun, silakan spam dan buat iklan masing2 di ruangan saya, saya tak marah dan tak akan block. Cuma jangan terlalu kerap ok. :)
Good luck dear Online sellers. Semoga sukses. Saya harap lepas ni saya tidak dapat email berkenaan IG review lagi. Terima kasih semua.
Mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di akaun Instagram, niat Fasha yang ikhlas untuk tidak menyekat mana-mana peniaga online mengiklankan produk mereka adalah satu perkara yang harus dipuji. Semoga rezeki Fasha juga bertambah selepas ini.