Fasha Sandha Tidak Akan Padam Foto Didukung Tunang

Hiburan

Fasha Sandha Tidak Akan Padam Foto Didukung Tunang

Foto Fasha Sandha didukung oleh Aidil Aziz baru-baru ini mencetuskan kontroversi. Rata-rata netizen kurang senang melihat foto mesra mereka yang lagaknya sudah seperti suami isteri sedangkan mereka  baru sahaja bertunang.

Advertisement

Ada yang menasihati Fasha untuk menjaga batas pergaulannya  bersama Aidil dan meminta agar gambar tersebut dipadam. Khuatir ia akan memberikan contoh tidak baik terhadap anak-anak.

Bagaimanapun, Fasha menegaskan beliau tidak akan memadam foto tersebut atas dasar kerja.

No komen. Itu jawapan saya terhadap gambar ‘lambung’ itu. Saya juga tidak akan padam gambar berkenaan kerana itu adalah sebahagian daripada kerja.

Fasha dan Aidil mula rapat dan bercinta sekitar tahun 2017 sebelum mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...