Foto Fasha Sandha didukung oleh Aidil Aziz baru-baru ini mencetuskan kontroversi. Rata-rata netizen kurang senang melihat foto mesra mereka yang lagaknya sudah seperti suami isteri sedangkan mereka baru sahaja bertunang.
Ada yang menasihati Fasha untuk menjaga batas pergaulannya bersama Aidil dan meminta agar gambar tersebut dipadam. Khuatir ia akan memberikan contoh tidak baik terhadap anak-anak.
Bagaimanapun, Fasha menegaskan beliau tidak akan memadam foto tersebut atas dasar kerja.
No komen. Itu jawapan saya terhadap gambar ‘lambung’ itu. Saya juga tidak akan padam gambar berkenaan kerana itu adalah sebahagian daripada kerja.
Fasha dan Aidil mula rapat dan bercinta sekitar tahun 2017 sebelum mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.