Fasha Sandha Terkejut Terima Panggilan Dari Sugu Pavithra

Hiburan

Fasha Sandha Terkejut Terima Panggilan Dari Sugu Pavithra

YouTuber terkemuka Malaysia, Sugu Pavithra yang terkenal dengan video masakan dan kisah kehidupan sederhana pasangan berbangsa India ini kian hari, kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

fasha sandha sugu pavithra

Advertisement

Pavithra yang tampil menjadi model menerusi sebuah portal lifestyle “Pepatung” baru-baru ini memberi tahu bahawa Fasha Sandha merupakan selebriti kegemarannya. Malah. Pavithra dikhabarkan teruja dapat berborak melalui panggilan video bersama Fasha.

Bagaimanapun, Fasha juga akui terkejut dan terharu apabila diberitahu Pavithra sangat mengagumi dan meminatinya serta acap kai mengikuti drama lakonannya pelakon jelita tersebut.

fasha sandha sugu pavithra

“Saya amat terkejut kerana jarang jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya.

Bahkan, menurut Pavithra, beliau dikatakan sering berjurai air mata menonton babak sedih yang dilakonkan Fasha dalam sesebuah drama.

fasha sandha sugu pavithra

“Masa mula-mula Pavithra hubungi saya agak terkejut sebab muka dia tak sama macam saya tengok dalam berita, rupa-rupanya dah disolek dengan begitu cantik sekali.”

Tambah Fasha, Pavithra dan keluarga amat meminatinya, malah berterima kasih serta sempat menitip doa agar Pavithra sentiasa berjaya di saluran YouTube milik pasangan tersebut yang kini telah mencecah lebih 700,000 pengikut.

fasha sandha sugu pavithra

Menerusi temubual bersama portal berkenaan, Pavithra mendedahkan dia meminati subjek bahasa Melayu di sekolah dan mengasah kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu termasuklah karya lakonan Fasha.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...