Fasha Sandha Tegur Sikap Sombong Pelakon Kanak-Kanak

Hiburan

Fasha Sandha Tegur Sikap Sombong Pelakon Kanak-Kanak

Sebut sahaja nama Fasha Sandha pasti ramai yang memuji beliau seorang aktres penuh disiplin dan tidak menimbulkan sebarang masalah jika berada di set penggambaran. Sedar kini industri lakonan mempunyai pelakon kanak-kanak yang berbakat, Fasha bagaimanapun ingin menegur mereka yang berlagak sombong serta tidak menghormati orang yang lebih tua.

Advertisement

Kebanyakan sekarang, budak-budak kecil tidak begitu menghormati orang tua.Begitu juga pelakon kanak-kanak. Ada yang datang ke set (lokasi penggambaran) dengan kekwatnya (sombong) mengalahkan diva.

Ada juga yang bukan sahaja tidak berbaik-baik dengan krew produksi, malah tidak menghormati krew yang jauh lebih tua daripada mereka.

Teguran tersebut adalah daripada pengalaman Fasha sendiri bersama beberapa pelakon kanak-kanak sebelum ini.

Akan tetapi Fasha yang kini sedang bekerjasama dengan Puteri Balqis Azizi memegang watak sebagai anaknya didalam telefilem Hidupku Solatku Matiku mengakui senang dendan sikap Balqis yang tidak sombong, menghormati orang tua dan mempunyai hubungan yang baik bersama krew produksi meskipun sudah memenangi pelbagai anugerah.

Walaupun Puteri Balqis sudah dapat award, tapi dia tidak sombong. Bagi saya, Puteri Balqis ini adalah seorang yang baik dan bijak. Dia juga seorang pelakon yang sangat berbakat.

Kami setuju kadang-kala beberapa pelakon kanak-kanak yang lagaknya mengalahkan pelakon ternama yang jauh lebih popular daripada mereka. Rasanya teguran Fasha Sandha itu memang terbaik dan mungkin boleh membuka mata pihak tertentu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sumber Berita: Mangga Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...