January 25th, 2011

stailista february 2011

Agaknya photoshoot dan tajuk cover depan majalah Stailista Februari 2011 ini dibuat sebelum keluarnya cerita Fasha Sandha dan Jejai sudah putus cinta hari ini. Nampaknya sudah tidak relevan tajuk “Fasha Sandha Sayang Jejai” apabila kisah cinta mereka sudah pun berakhir secara rasminya.

Untuk melegakan hati FS yang sedang lara, izinkan Abang Nara berpantun khas untuk FS:-

Bunga mawar bunga ros
Cantik lagi bunga tahi ayam
Tiada Jejai hidup mesti terus
Biar hati pedih macam ditikam

Ok serious Abang Nara punya pantun failed. Korang ada pantun tak nak bagi kat FS? Pantun 2 kerat pun layankan je.


Comments are closed.

Loading...