Fasha Sandha Sahkan Sedang Hamil Anak Kedua

Hiburan

Fasha Sandha Sahkan Sedang Hamil Anak Kedua

Walaupun berita kehamilan kedua Fasha Sandha sudah lama diperkatakan orang ramai, namun sehingga hari ini, tuan empunya badan tidak tampil untuk mengesahkan berita gembira itu. Secara ekslusif, majalah EH! telah berjaya mendapatkan reaksi terbaru Fasha Sandha mengenai kehamilannya yang hanya berselang kira-kira setahun dengan anak pertamanya, Putra Rayqal.
fasha sandhaKata orang rezeki jangan ditolak, lebih-lebih lagi bab cahaya mata ini. Makin ramai anak, makin murah rezeki. Makin meriah keluarga itu sendiri. Untuk kehamilan kali ini, sudah pasti Fasha mengharapkan mendapat cahaya mata perempuan pula. Kata Fasha:-

Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,

Advertisement

fasha sandha

Abang Nara lihat Fasha Sandha makin berseri-seri sejak hamil kali kedua ini. Insya Allah semoga cita-cita Fasha untuk mendapatkan anak perempuan tercapai. Kalau lengkap sepasang, bolehlah berehat kejap. Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran cahaya mata kedua pelakon hebat ini. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar buat Fasha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...