Malam ini merupakan episod terakhir drama lakonan aktres hebat, Fasha Sandha iaitu Selamat Pengantin Madu. Apa yang menarik mengenai drama ini ialah penggambaran dilakukan ketika Fasha hamil di mana jelas kelihatan ‘baby bump’ di perutnya. Kalau tak silap Abang Nara, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Fasha dan Jejai akan menyambut kedatangan anak kedua mereka. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalani, anak kedua Fasha adalah seorang ‘baby girl’.
Keterujaan Fasha Sandha untuk menimang cahaya mata perempuan jelas kelihatan apabila sudah pun memikirkan nama yang bakal diberikan kepada si puteri itu. Ia akan bermula dengan ‘Putri’ dan disambung dengan ‘R’. Kata Fasha menerusi Mstar Online:-
Setakat ini kami telah pilih beberapa nama yang sesuai untuk bayi yang akan lahir ini. Bagaimanapun permulaan nama anak saya itu mestilah Putri dan nama kedua pula menggunakan huruf ‘R’. Tetapi saya tidak bolehlah nak beritahu sekarang. Tak ‘surprise’ lah nanti
Tak sabar rasanya nak menatap wajah si comel puteri Fasha Sandha dan Jejai ini. Agak-agaknya apa nama yang akan diberikan? Putri Rania? Putri Rossa? Putri Rabiah? Banyak sangat nama yang bagus dan membawa makna yang baik. Tak sabar nak tahu. Lagi beberapa gambar Fasha Sandha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: 12 batang jarum dalam badan bayi yang didera