Fasha Sandha Kini Berambut Perang, Netizen Kata Tak Sesuai Dengan Muka

Hiburan

Fasha Sandha Kini Berambut Perang, Netizen Kata Tak Sesuai Dengan Muka

Pelakon jelita, Fasha Sandha nampaknya telah tampil dengan penampilan yang baru apabila dia telah memotong dan mewarnakan rambutnya dengan warna yang lebih terang.

Fasha Elisya
3 years ago

"Jodoh Mereka Kuat, Lama Dah Bercinta.." Fasha Sandha Akui Terkejut Elisya Nak Kahwin Di Usia Muda

Advertisement

Difahamkan, Fasha bertindak demikian adalah disebabkan oleh komitmen kerja di mana dia dikehendaki untuk memotong rambut dan berambut lebih perang dalam drama berjudul Khilaf Asmara.

Fasha juga turut memuat naik momen ketika dia berada di salon menerusi ruangan Instagram untuk tatapan peminatnya di media sosial.

Di atas permintaan pengarah, kena potong rambut pendek. Bermulalah perjalanan saya sebagai Hanim untuk Khilaf Asmara.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut teruja berikutan Fasha tidak pernah mengubah mahkotanya itu dan tetap kekal dengan gaya berambut hitam yang telah menjadi signatur dirinya sejak sekian lama.

Kata peminat, Fasha kelihatan lebih muda dan segar namun ada juga yang mengkritik gaya rambut Fasha yang tidak sesuai dengan wajahnya.

“Warna tak kena dengan muka. Dia cantik rambut hitam..” tulis seorang netizen.

Meskipun begitu, peminat Fasha tampil menempelak komen-komen negatif yang dilontarkan oleh sesetengah individu di mana mereka hanya tahu mengecam tanpa mengetahui sebab sebenar aktres tersebut berbuat demikian.

“Main kecam saja. Sebab watak di bawa lah dia kena tukar warna tu, baru sesuai. Apalah masalah mereka ni?” ujar seorang pengikut Fasha di ruangan komen foto tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...