Fasha Sandha Kena ‘Cancel’ Sebab Hadiri Majlis Resepsi Fattah Amin Dan Amira – “Hadiri Jemputan Wajib Ye, Kecuali Uzur”

Hiburan

Fasha Sandha Kena ‘Cancel’ Sebab Hadiri Majlis Resepsi Fattah Amin Dan Amira – “Hadiri Jemputan Wajib Ye, Kecuali Uzur”

Pelakon terkenal Fasha Sandha mendedahkan dirinya menerima mesej ugutan daripada segelintir netizen yang mahu ‘unfollow’ hanya kerana dia menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman, yang berlangsung di Persada Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Fasha, 41, tampil menjelaskan bahawa hukum menghadiri jemputan walimatulurus adalah wajib bagi individu yang dijemput secara khusus.

Advertisement

komen

Ramai juga komen nak unfollow sebab saya ke majlis kahwin. Menghadiri majlis adalah wajib ya. Kecuali jika uzur.

Fasha turut menegaskan bahawa Fattah dan bekas isterinya, Fazura, masing-masing sudah ‘move on’ dan menemui kebahagiaan sendiri, sambil mengingatkan netizen agar tidak terus hidup dalam bayangan masa lalu.

Rasanya baik Fazura dan Fattah, dua-dua sudah move on dan menemui kebahagiaan masing-masing. Mungkin ada yang belum move on. Sebaiknya move on dan doakan yang baik-baik untuk semua orang.

Tambah Fasha, dia berasa terharu dengan layanan mesra keluarga pihak pengantin perempuan sepanjang majlis berlangsung.

Keluarga Amira menerima kehadiran kami sekeluarga dengan penuh kasih.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Aidil Aziz itu turut berkongsi bahawa hadiah perkahwinan untuk pasangan tersebut adalah pilihan anak-anaknya sendiri.

Menariknya, Amira Othman turut mengucapkan terima kasih kepada Fasha sekeluarga atas hadiah dan kehadiran mereka di majlis bahagia tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-15 11:22:06

10 Tahun Bernikah, Nubhan Ceraikan Isteri Esok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...