Written by AbangNara | September 30th, 2009

fasha sandha

#Sila nyanyi dengan rentak lagu raya

Berakhirlah sudah September
Kini tiba Oktober,
Tiba masa Fasha umumkan
Bakal suami dia ~~~

Jeng, jeng, jeng. Di manakah janji-janji manis Fasha Sandha yang telah ditabur dalam Harian Metro 31 Mei 2009? Kami recallkan balik untuk anda kenyataan Fasha:-

[note]Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan.[/note]

Tak cukup dengan itu, 22 Julai 2009 Fasha tambahkan lagi janji-janji manis tahap gula dia:-

[note]InsyaAllah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu.[/note]

Kalau anda rasa tue tak cukup manis, si Qabil Ambak yang digosipkan sebagai bakal suami Fasha tambahkan lagi gula dalam cerita Fasha Sandha nie:-

[note]Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman[/note]

Kepada cik Fasha Sandha, hari ini adalah hari terakhir dalam bulan September. Anda masih sempat lagi untuk buat satu sidang akhbar untuk umumkan siapakah bakal suami anda. Adakah Jejai? Adakah Qabil? Atau adakah seorang lelaki yang memang kami semua tak pernah tau?

Tapi kalau selama ini kenyataan anda tue sekadar janji-janji palsu dan sekadar menanam tebu di pinggir bibir (aceh berperibahasa la pulak), mengaku sahajalah. Kami dah naik muak menunggu nie.

Apa pendapat korang? Rasa-rasa Fasha nie dah kantoi menipu ke atau dia akan buat kejutan hari nie?

nuffnang awards

Comments are closed.