March 8th, 2012

Akhirnya selepas begitu lama berteka-teki, semalam Berita Harian telah melaporkan yang Fasha Sandha bakal berkahwin dengan Jejai pada 29 April 2012 ini. Majlis perkahwinan akan dijalankan secara gilang gemilang di Bali, Indonesia. Mungkin pasangan ini mahukan majlis yang lain daripada yang lain.

fasha kahwin

Menurut Berita Harian, segala persiapan sudah pun selesai dilakukan. Manakala jemputan untuk majlis perkahwinan mereka ke Bali hanya sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan media. Memang benar-benar ekslusif.

Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu. Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal.

Apa pun tahniah kepada Fasha akhirnya bakal bergelar isteri juga. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Rasanya gambar pre wedding Fasha dan Jejai pun sudah selesai ditangkap. Harap-harap sudilah berkongsi dengan peminat.


247 responses to “Fasha Sandha Kahwin 29 April 2012, Bali Jadi Pilihan”

  1. hazzka says:

    salam semua, first sekali tahniah tuk fasha sandha ..semoga dapt berkekalan rumah tngga awk..kepad semua org yg bg komen teruk2 kat atas ingin sy ckp bhw awk semua tu adalah org islam berkelakuan lah seperti org islam..oke lah tu fasha kahwin dari dia x kahwin n wat benda x elok..apa2 pon tu masalah peribadi dia ..tu masalh antara nora jejeai and dia.. bukannya mslah rumah tngga korang ..so tolong tgk amalan sendiri dari banding kan amalan org lain dgn org lain..
    ]
    ” bila aku keluar untk mencari keburukan org lain aku jumpa banyak..
    tapi bila aku cari keburukan dlm diri ku..aku lah yg paling buruk dari semua org dekat dunia”. ..ermmm..sy hanya ingin bersifat adil, kita sbg peminat kene bg nasihat yg baik bukan gosip tuk tambah kan dosa..fitnah adalah dosa yg paling besar dari membunuh..

Loading...